Kehilangan 2 ADUN Perak masih lagi menjadi misteri, semalam heboh dikatakan mereka akan muncul dan merungkaikan semua persoalan, 2 Press Conference akan diadakan, semua Wartawan dijemput hadir, Sidang Media masing2 di buat di Hotel dekat KLIA dan sebuah hotel di Shah ALam, Tetapi mereka tidak juga muncul, yang muncul adalah seseorang yang didakwa "Pegawai Khas" kepada dua ADUN ini.
Siapakah mereka ini yang sebelum ini tidak pernah dikenali oleh mereka yang berada di dalam kepimpinan Kerajaan Perak?
Blogger matsamankati dari Blog Perakexpress mempersoalkan siapakah mereka ini? Adakah konspirasi terbaru ini melibatkan persoalan yang jauh lebih kompleks?
Altantuya, Bala…Jamal dan Osman.
Panas Apakah Jamal dan Osman masih hidup atau sudah mati?
Banyak yang tak kena. Laporan polis yang dibuat oleh Kerajaan Perak tentang kehilangan Jamal dan Osman masih belum menunjukkan penyelesaian. Aku tak harap polis akan menemui mereka.
Semua yang hilang…gagal ditemui oleh polis…kecuali bila dah mati. Dan aku menaruh rasa…mungkin Osman dan Jamal, mungkin dah kena C4.
Kalau sapa-sapa yang melihat video sidang akhbar yang dibuat oleh “Pegawai Khas Jamal dan Osman”, mungkin akan tertanya-tanya. Siapa “Pegawai Khas” ini.?
Aku bertanya kepada kepimpinan PKR diPerak dan tak ada sesiapa yang kenal “Pegawai Khas” ini!
Siapa Firdaus Shaharudin?
Sepanjang yang aku tau, Pegawai Khas Jamal ialah Zamri, Ketua PKR Kampar. Dulu ada pembantu khas Jamal iaitu Hazha, EXCO AMK Perak, tapi aku tak pernah tengok Firdaus Shaharudin!
Dan disebelah pulak ialah Puzi Ghazali, yang dikatakan “Pegawai Khas” Osman Jailu. Pirrrrah!! yang ni seorang kontraktor dari Teluk Intan. Seorang Ketua cawangan Umno!
Pegawai Khas Osman ialah Mohd. Zuraimi Zulkaply. Ada seorang pembantu Osman bernama Shahrol, tapi PUZI Ghazali? Tak seorang pun pemimpin PKR yang kenal dengan “Pegawai Khas” Osman ini!!!
Apa dah jadi?????
Kedua-dua Jamal dan Osman gagal menghadiri sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh mereka, sebaliknya diwakili oleh dua orang “Pegawai Khas” yang tak dikenali.
Apakah Jamal dan Osman masih hidup atau sudah mati?