Barua ini terus menipu.

Selepas pendedahan berkenaan Penipuan Ustaz Arief  Cakra Alam, seluruh Malaya gempar dengan isu ini. Bertambah meriah apabila TV3 melalui "Rancangan 360" membuat interview bersama Ustaz Arief bagi meminta penjelasan akan ke"kantoi"an tersebut.







Melalui sedutan Rakaman 360 beliau kelihatan resah, ayatnya kelam-kabut, menggaru-garu hidung, sedaya-upaya telah menafikan pendedahan video Youtube tersebut. Ke"kantoian"nya terserlah apabila pihak 360 meminta untuk merakamkan kaedah rawatan tetapi ditolak oleh Ustaz Arief.


Beliau mendakwa, Seorang penuntut warganegara Korea yang dengki dengan cara perubatan beliau sebab telah gagal untuk menguasai "Ilmu Keramat Cakra Alam" tersebut.

Utaz Arief terus menipu.....

PKR jamin kuasa Diraja

Komen terbaru Anwar berkenaan Sept 16.



Live: Kongres PKR 2008

Mulai 28 hingga 30 November, Blog Video-politik akan memaparkan secara live Persidangan Kongres Nasional Parti KeADILan Rakyat.



Terbaru: Saiful terkilan, kes ditunda

Laporan CNN: Serangan pengganas di Mumbai, India










Rafidah vs Shahrizat

Sidang Media Anwar Ibrahim 26/11/2008

Documentary: Malaysia dirty politics

Documentary: Malaysia dirty politics....sebuah dokumentari dari penerbit rancangan popular Foreign Correspondent hasil kajian wartawan mereka di sekitar politik Malaysia yang kotor, mengamalkan pecah perintah, dasar perkauman dan korupsi yang berleluasa, yang jika dibiarkan melarat bakal menjatuhkan keseluruhan tanah air ini...






Karpal desak Zaki ke Tribunal Di Raja

Kekecohan di perhimpunan anti ISA



Perhimpunan Anti ISA, 9 ditangkap



Gobalakrishnan - Siap Sedialah Untuk Kegawatan Ekonomi

Pro ISA coalition by Malay formed

Uncle Seekers vs Ustad Arief Cakra Alam, dua2 penipu?

Dokumentari: Kesan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah

TV3 & RTM menyerang Kedah pula

Harga Minyak dunia di bawah RM50 setong

Nasyid Syahid, Iman Samudera

Rakaman video M'kini berubah sewaktu di balai

Rakaman video perhimpunan nyalaan lilin pada 9 Nov di Petaling Jaya yang dirampas polis kini didapati telah diubah sewaktu dalam jagaan pihak berwajib itu.
Rakaman tersebut dan kamera video Malaysiakini yang dirampas di hujung perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sambutan ulang tahunan perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil anjuran Bersih.
Seramai 23 orang - termasuk ahli-ahli politik dan juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad - ditahan dalam insiden tersebut.



Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan.
Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini pada Selasa lepas.
Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut “telah hilang” di dua bahagian.

Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai yang digantikan dengan satu rakaman baru.Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis.
Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian.
Kandungan rakaman yang “hilang” setakat ini tidak dapat dipastikan.
Shukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah.“Kami tidak menuduh polis mengubah bahan bukti kerana ada kemungkinan rakaman tersebut terpadam secara tidak sengaja sewaktu dalam jagaan polis,” kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.
“Bagaimanapun, polis sewajarnya menjaga bahan-bahan itu yang bakal dijadikan bukti dengan berhati-hati dan tidak bermain-main dengan kamera kami.”

Kejadian 9Nov. dari lensa kameraman Malaysiakini:


Ucapan di Majlis Perhimpunan tersebut:

Ibrahim Ali sokong Mahathir

Kenyataan akhbar Razak Baginda



Penipuan Pusat Rawatan Cakra Alam, terbongkar



Minyak RM2 seliter, rakyat bagi subsidi kepada kerajaan??

Hujah Episod 47 (Fuad Zarkhashi vs Salahudin Ayub)





RPK buat laporan berhubung penahanan ISA

Ronnie Liu Di dakwa

Butiran kontrak projek highway akan diumumkan

Hujah Epison 46





Kontroversi "Video Sajak Kematian"




Laporan TV3




Pendapat Masyarakat


Fatwa, Control, Choices and Women ?

Komen Mahathir rasuah dalam pemilihan UMNO

24 di tahan, perhimpunan aman BERSIH

Bayaran saguhati: Zaid dukacita tidak dapat kotai janji

Pemilihan UMNO: Tragedi Amuk Mesyuarat Umno di Sedili Kecil



Temubual dgn RPK setelah dibebaskan

PETALING JAYA: Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang dibebaskan kelmarin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menghasilkan tujuh artikel yang menyentuh pelbagai parti dan personaliti negara ini.
Artikel-artikel berkenaan yang menyentuh perkembangan semasa dihasilkan ketika berada dalam tahanan hampir dua bulan dan akan disiarkan menerusi laman webnya dalam waktu terdekat, kata beliau yang turut dikenali dengan gelaran RPK.
"Saya juga berfikir apa yang akan saya buat sekarang... apa yang perlu saya tulis dalam blog saya.

"Semasa berada dalam di kem (tahanan) Kamunting, saya sempat menulis enam hingga tujuh artikel dan saya akan menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkannya dalam Malaysia Today," kata beliau ketika ditemuimStar Onlinedi rumahnya di Sungai Buloh petang semalam.
Sambil menjelaskan yang beliau tidak tidur sejak dibebaskan petang kelmarin, Raja Petra berkata, beliau secara terus-menerus menerima kunjungan dan mengunjungi kawan-kawasan dan saudara-mara sejak dibebaskan 3.20 petang.


Raja Petra yang terkenal kerana tulisan-tulisannya yang kritikal dan kontroversi, yang membawa kepada penahanan di bawah ISA dan Akta Hasutan menambah:
"Bukan mudah menjadi penulis kontroversi seperti saya. Risikonya tetap ada... mungkin ditahan di bawah ISA tapi mereka tidak akan dapat merasai apa yang saya rasa semasa ditahan di Kamunting.

"Masyarakat suka melihat sedikit pertelingkahan. Saya menentang kerajaan, masyarakat suka melihatnya, cuma yang perlu difikir balik adalah sejauh mana mereka komited untuk turut serta dalam apa yang diperkatakan."
Beliau yang turut berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan, kes yang sedang dibicarakan mengakui bahawa tidak ramai yang berani bersuara untuk menegakkan kebenaran.
"Laman web Malaysia Today memprovokasi masyarakat... ada perkara yang menyentuh sensitiviti tertentu, anda akan ditahan... ibarat menjolok sarang tebuan, kadang-kadang kita akan disengat.
"Tapi itu adalah cara untuk mengajak masyarakat agar bersama-sama bersatu untuk membetulkan keadaaan," katanya.

Mengulas lanjut pendirian dan sikapnya dalam tulisan dihasilkan selama ini dan selepas dibebaskan, beliau berkata, "hakikatnya saya menulis untuk mengkritik agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang isu-isu sejagat."
"Saya tidak hanya menghentam kerajaan, saya juga ada mengkritik PAS. Ini termasuklah artikel terbaru yang saya tulis semasa di Kamunting, saya ada tulis tentang Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan pemimpin PKR) biarpun dia kawan saya, saya tidak peduli siapa pun anda.

"Saya juga ada mengkritik PAS, orang Melayu, Cina dan India... saya mengkritik semua pihak jika saya rasa apa berlaku itu tidak betul," katanya lagi.
Beliau menarik perhatian bahawa terlalu ramai yang mengkritik kerajaan tapi mereka hanya bercakap tanpa mengambil apa-apa tindakan.
"(Misalnya) bila ditanya siapa yang mereka undi, mereka kata mereka tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka yang mengkritik kerajaan paling banyak adalah mereka yang tidak mengundi pada pilihan raya umum yang lalu," katanya.
Dalam temu bual ini, beliau juga menyentuh pentingnya negara dipimpin oleh barisan kepimpinan muda.
Antara nama-nama disentuh beliau ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Exco Pemuda Umno, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah serta
"Kita perlu beri peluang yang lebih banyak kepada golongan muda untuk memerintah negara kerana mereka yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

"Saya suka melihat Umno sekarang, pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy (Jamaluddin) dan Mukhriz (Mahathir), mereka perlu diberi peluang untuk ke depan.
"Pemimpin yang berusia perlu bagi peluang kepada mereka ini. Saya tahu walaupun Khairy tidak suka dengan saya tapi dia menyokong untuk menghapuskan ISA.
"Ini satu perkara yang menjadi titik persamaan kebanyakan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.

"Saya tidak kisah jika dia tidak suka saya. Saya bukan menyokong dia cuma apa yang perlu dilihat apa yang masyarakat mahukan," katanya.
Kata Raja Petra, beliau melahirkan sokongan kerana mereka merupakan golongan muda yang mempunyai pendidikan tinggi.

"Mereka ini yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan. Bukan hanya mereka sahaja, kita ada Puteri Reformasi, Nurul Izzah, Hanna Yeoh (ADUN Subang Jaya) mereka ini boleh jadi pemimpin yang berwibawa dengan pendidikan dan kebolehan yang mereka miliki," katanya.
Khairy, Mukhriz, Nurul dan Hanna merupakan wakil rakyat penggal pertama dengan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.
Katanya, negara dan rakyat tidak boleh menoleh ke belakang kerana Malaysia bukan lagi berada di era 1969 yang menyaksikan pergolakan perkauman.
"Masyarakat hari ini sudah bijak dan berfikiran terbuka," jelas beliau.


SOALAN: Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran selepas dibebaskan daripada tahanan ISA semalam?

RAJA PETRA: Saya sangat letih dan mahu berehat. Saya tidak cukup tidur sejak dibebaskan semalam. Selepas dibebaskan saya pergi rumah kawan yang mengajak saya makan di rumahnya dan kami berbual panjang tentang pelbagai perkara.
Selepas itu saya ke Seremban dan apabila pulang ke rumah sudah pukul 2 pagi. Bila balik rumah saya buka laptop saya dan buat kerja hingga pagi. Bila dah pagi ramai kawan-kawan dan saudara mara saya mula berkunjung ke rumah.

Mereka datang kerana ingin berjumpa dan bertanya khabar setelah hampir dua bulan saya ditahan. Saya tak dapat tidur yang cukup sejak Jumaat lalu. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara dan berbincang dengan mereka sejak dibebaskan 24 jam yang lalu. Sejak pukul 3 petang semalam saya asyik bercakap dan bertemu dengan mereka. Rasanya dalam tempoh 24 jam yang lepas saya masih berjumpa dan berbincang dengan mereka mengenai pelbagai perkara.
Saya juga meluangkan masa untuk mengemas kini beberapa perkara laman blog saya. Ia bukan perkara pertama yang terlintas di fikiran tapi kerana terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian selepas dibebaskan semalam.

Saya juga berfikir apa yang akan saya buat sekarang, apa yang perlu saya tulis dalam blog saya. Semasa berada dalam di kem Kamunting saya sempat menulis 6 hingga 7 buah artikel dan saya akan menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkannya dalam lawan web Malaysia Today.

SOALAN: Ditahan selama 52 hari di Kamunting di bawah ISA, apa bezanya kali ini?

RAJA PETRA: Tak banyak bezanya, saya diletakkan dalam keadaan orientasi dan saya keseorangan dalam sel berkenaan. Hanya saya seorang diletakkan di blok berkenaan. Setiap hari bermula pada pukul 7 pagi mereka (pegawai polis) buka sel saya dan biarkan berjalan dan duduk dalam blok berkenaan sahaja. Saya tidak dibenarkan ke mana selain berada di tempat tersebut.
Untuk menghabiskan masa terluang, saya banyak membaca ada buku pelbagai genre. Ada buku yang dapat saya habiskan dalam masa sehari, ada juga buku saya habiskan dalam dua hari... semuanya terpulang kepada ketebalan buku berkenaan.

Dan, apabila tiba pukul 7 malam saya dikunci dalam sel, dan begitulah pada hari-hari seterusnya. Cuma pada waktu malam saya sukar untuk membaca kerana lampu dalam sel tidak berapa terang.

SOALAN: Bagaimana dengan makanan yang disediakan ketika berada dalam tahanan?
RAJA PETRA: Saya tidak sentuh langsung makanan yang diberikan dalam kem berkenaan selama dua bulan ditahan. Saya hanya minum susu yang diberikan oleh isteri saya, Marina setiap hari. Saya hanya makan nasi sekali seminggu semasa keluarga melawat saya. Selalunya pada hari Sabtu. Begitulah rutin harian saya selama berada di kem Kamunting.
SOALAN: Apakah perbezaan bila ditahan kali pertama di bawah ISA (lima tahun lalu) dan penahanan kali ini?

RAJA PETRA: Semasa kali pertama ditahan saya banyak melaui sesi soal siasat bersama pihak polis. Namun ketika penahanan kali kedua saya dihantar ke kem Kamunting, saya diletakkan dalam sel. Selepas hari raya ada kira-kira empat hingga lima kali saya mendengar sesi ceramah agama. Ceramah agama itu disampaikan secara terbuka dan semua tahanan mendengarnya bersama-sama. Tiada sesi kaunseling khas diadakan ke atas saya.

SOALAN: Adakah pernah menyangka bahawa akan dibebaskan dengan segera seperti yang berlaku semalam?

RAJA PETRA: Semasa mereka (barisan peguamnya) memfailkan habeas corpus keyakinan saya untuk menang hanya sekitar 30 peratus. Tapi apabila saya lihat sendiri hujah-hujah yang dikemukakan oleh barisan peguam bela saya mula percaya bahawa peluang untuk menang kes ini ada, tapi peluangnya masih 50-50.

Saya rasa peguam saya telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka mengumukakan hujah-hujah yang kuat untuk menolak penahanan saya di bawah akta ini. Mereka buat kajian yang mendalam berkenaan dakwaan ke atas saya.

Namun apa yang jelas, saya dapat lihat hakim semalam telah membuat keputusan berdasarkan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dia juga tidak melihat kes saya dari sudut politik. Dia tidak takut untuk membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan dan dia yakin keputusan yang dibuatnya. Saya fikir (Perdana Menteri) Pak lah tidak campur tangan dan beliau serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan membebaskannya. Saya juga yakin tidak ada campur tangan politik dalam pembebasan saya semalam. Semuanya diserahkan kepada mahkamah kerana itu saya dibebaskan.

SOALAN: Adakah anda percaya bahawa penahanan anda kali ini bertujuan melindungi kepentingan politik seseorang?

RAJA PETRA: Jika dilihat pada cara saya didakwa, bukti yang dikemukakan sangat tidak kukuh dan banyak kesilapan. Saya rasa Menteri (Dalam Negeri) berkenaan patut meminta nasihat Peguam Negara untuk memberi nasihat sebelum menandatangani surat dakwaan ke atas saya. Beliau sepatutnya meletakkan undang-undang lebih daripada kepentingan politik.
Membuat tuduhan mengatakan saya mengajak masyarakat Islam supaya tidak bersembahnyang, semuanya tidak masuk akal. Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang saya maksudkan dalam artikel yang saya tulis adalah satu sindiran sinis kepada mereka yang membawa maksud sebaliknya daripada apa yang saya tulis. Semasa saya disoal siasat oleh pegawai polis (Cawangan Khas), saya telah menerangkan... barulah mereka faham. Masalahnya mereka tidak faham apa yang saya tulis, adakah itu salah saya apabila mereka tidak boleh mentafsir artikel bahasa Inggeris yang saya tulis. Jika bahasa Inggeris yang saya tulis mereka tidak faham adakah itu menjadi satu kesalahan? Dan, sebab itu saya perlu dihantar ke Kem Kamunting? Semua ini tidak masuk akal, saya tidak boleh menulis dalam bahasa Melayu dengan baik dan jika anda tidak faham dengan artikel yang saya tulis, anda tidak perlu baca. Itu lebih baik.

SOALAN: Ada dimaklumkan sebab penahanan anda di bawah ISA?

RAJA PETRA: Apa yang mereka (polis) beritahu adalah, saya ditahan kerana menghina Islam dan penyiaran artikel menghina Nabi Muhammad dan artikel Let’s sent the Altantuya murder to hell. Setelah saya jelaskan kepada mereka, mereka berjanji akan membuat satu laporan mengenai maksud sebenar artikel yang disiarkan dalam laman web saya. Namun keesokan harinya, mereka datang bukan membawa laporan tapi membawa surat penahanan, saya akan ditahan di Kem Kamunting. Pada masa itu saya terkejut dan tidak tahu mahu bercakap apa lagi dan hanya berserah. Mereka suruh saya tandatangan surat untuk menghantar saya ke Kem Kamunting... saya enggan berbuat semikian. Saya kata, saya tidak tahu permainan apa yang sedang berlaku.
SOALAN: Adakah anda ditahan kerana artikel Lets sent the Altantuya murder to hell?
RAJA PETRA: Ini salah satu sebabnya. Namun satu perkara yang agak pelik adalah saya didakwa dua kali atas satu kesalahan yang sama. Saya telah didakwa di bawah Akta Hasutan tapi pada masa yang sama saya ditahan di bawah ISA kerana menulis artikel berkenaan. Bagaimana saya boleh didakwa dua kali atas satu kesalahan yang sama? Ini satu perkara pelik. Mana satu yang mereka mahu.. hendak dakwa saya atau tahan saya? Saya tidak faham.
SOALAN: Bagaimana (hendak menghadapi) perjalanan kes di bawah Akta Hasutan kerana (dituduh) memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya sebagai saksi yang menyaksikan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibbuu?
RAJA PETRA: Kes tersebut sedang berjalan dan akan disambung Isnin ini (esok). Saya akan hadir. Peguam saya, Gobind Singh juga akan bertanya soalan kepada pegawai penyiasat yang meyiasat kes pembunuhan tersebut. Saya serahkan kepada peguam saya untuk membuat apa yang mereka mampu lakukan saya tidak mahu campur tangan.
SOALAN: Bagaimana dengan kes pembunuhan Altantuya... adakah anda bersedia untuk menjadi saksi pada 10 November (Isnin ini), sebagaimana dilaporkan sebelum ini?
RAJA PETRA: Saya serahkan semuanya kepada peguam saya dengan peguam Sirul untuk berbincang. Mereka lebih arif mengenainya. Jika peguam saya merasakan saya perlu menjadi saksi kepada Sirul, saya akan ikut. Cuma kali ini tangan saya tidak lagi digari.
SOALAN: Pandangan anda tentang cadangan supaya ISA dimansuhkan?
RAJA PETRA: Ia bukan cadangan saya. Saya tidak mampu menghapuskannya seorang diri. Persatuan seperti Gerakan Mansuhkan ISA yang ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor telah melakukan pelbagai program dan saya memberi kerjasama yang baik dengan persatuan ini. Lebih baik saya menyokongnya. Hari ini saya lihat banyak pihak mahu ISA dimansuhkan kerana parti politik kerajaan seprti Gerakan dan MCA turut sama mahu ia dimansuhkan. Saya rasa ini petanda yang cukup baik kepada kerajaan untuk menghapuskannya.

SOALAN: Adakah penggunaan ISA menyekat kebebasan media di negara ini?
RAJA PETRA: Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh kerajaan. Jika ada kesalahan tertentu, tangkap mereka di bawah, tahan mereka di bawah ISA. Mereka patut lebih terbuka dalam menilai kesalahan sesuatu perkara.

SOALAN: Menjadi seorang penulis yang kontroversi dengan artikel-artikel yang ditulis dan dihebahkan melalui portal, apa yang diinginkan oleh anda?

RAJA PETRA: Bukan mudah menjadi penulis kontroversi seperti saya. Risikonya tetap ada. Mungkin ditahan di bawah ISA tapi mereka tidak akan dapat merasai apa yang saya rasa semasa ditahan di Kamunting. Masyarakat suka melihat sedikit pertelingkahan. Saya menentang kerajaan, masyarakat suka melihatnya, cuma yang perlu difikir balik adalah sejauh mana mereka komited untuk turut serta dalam apa yang diperkatakan.
Tidak ramai yang berani bersuara untuk menegakkan kebenaran. Laman web Malaysia Today memprovokasi masyarakat, namun ada perkara yang menyentuh sensitiviti tertentu, anda akan ditahan... ibarat menjolok sarang tebuan, kadang-kadang kita akan disengat. Tapi itu adalah cara untuk mengajak masyarakat untuk bersama-sama bersatu untuk membetulkan keadaaan.

Hakikatnya saya menulis untuk mengkritik agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang isu-isu sejagat. Saya tidak hanya menghentam kerajaan, saya juga ada mengkritik PAS. Ini termasuklah artikel terbaru yang saya tulis semasa di Kamunting, saya ada tulis tentang Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan pemimpin PKR) biarpun dia kawan saya, saya tidak peduli siapa pun anda. Saya juga ada mengkritik PAS, orang Melayu, Cina dan India... saya mengkritik semua pihak jika saya rasa apa berlaku itu tidak betul.

Terlalu ramai yang mengkritik kerajaan tapi mereka ini hanya bercakap sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan. Bila ditanya siapa yang mereka undi, mereka kata mereka tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka yang mengkritik kerajaan paling banyak adalah mereka yang tidak mengundi pada pilihan raya umum yang lalu.
Apa yang penting saya mahu mereka turut serta dan turut serta dalam menyelesaikan masalah tersebut. Saya tidak mahu mereka menjadi penonton dan tahu mengkritik sahaja.
SOALAN: Apakah yang perubahan yang perlu dilakukan kepada negara?
RAJA PETRA: Kita perlu beri peluang yang lebih banyak kepada golongan muda untuk memerintah negara kerana mereka yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Saya suka melihat Umno sekarang, pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy (Jamaluddin) dan Mukhriz (Mahathri), mereka perlu diberi peluang untuk ke depan.
Pemimpin yang berusia perlu bagi peluang kepada mereka ini. Saya tahu walaupun Khairy tidak suka dengan saya tapi dia menyokong untuk menghapuskan ISA. Ini satu perkara yang menjadi titik persamaan kebanyakan perubahan yang dimahukan oleh rakyat. Saya tidak kisah jika dia tidak suka saya. Saya bukan menyokong dia cuma apa yang perlu dilihat apa yang masyarakat mahukan.

Ada seorang pelancong bertanya kepada saya, jika Khairy dipilih sebagai Perdana Menteri, adakah anda akan menyokongnya, saya kata, 'ya'. Saya akan sokong dia kerana dia seorang yang bijak. Saya tidak akan masuk Umno hanya kerana menyokong dia. Tapi saya akan tetap menentang dia, saya tidak benci dia. Kita perlu menjadi realistik dalam keadaan ini, mereka ini adalah pemipin masa hadapan.

Saya menyokong mereka kerana mereka ini golongan muda yang punya pendidikan tinggi. Mereka ini yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan. Bukan hanya mereka sahaja, kita ada Puteri Reformasi, Nurul Izzah, Hanna Yeoh mereka ini boleh jadi pemimpin yang berwibawa dengan pendidikan dan kebolehan yang mereka miliki. Kita tidak boleh menoleh ke belakang Malaysia bukan lagi berada di zaman 1969 (peristiwa 13 Mei) yang hanya tahu bergaduh sesama sendiri. Masyarakat hari ini sudah bijak dan berfikiran terbuka.

Khairy Mengungguli Pencalonan PEMUDA UMNO

Hakim Kekalkan Perbicaraan Kes Anwar di Mahkamah Sesyen

RPK bebas

Raja Petra dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam

Protest against anti-tomboy fatwa



Kemenangan Barrack Obama

Ucapan Barrack Obama di Illinois, Selepas kemenangannya di pemilihan Presiden USA....Barrack Obama speech after his victory of US President Elections Nov 4 2008.

Parlimen digantung 2 hari

Parlimen: Najib Diserang MP PR





Parlimen: Najib Diserang MP PR

Pemilhan UMNO: KJ cabar Mukhriz berdebat

Dewan Rakyat 03/11/2008

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Templates