Demonstrasi Lembu Untuk SPRM




Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25 Februari 2009


JIKA MAHU TERUS JADI LEMBU, SPRM PERLU ISYTIHAR JADI PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL

Hari ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut.

Sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telah pun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut telah dibakulsampahkan tanpa siasatan.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat.

Kalau ada kes rasuah dalam Umno , kes kes ini akan disurukkan dari pengetahuan umum.

Sebagai contoh dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim.

Kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria.

Kedua-dua kes ini disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Justeru, lembu yang 'dihadiahkan' oleh AMK kepada SPRM akan menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' khususnya oleh Umno.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Templates