Mahathir perlekeh Najib dalam temuramah Al-Jazeera

Wartawan Penganalisis politik terkenal saluran Al Jazeera, Riz Khan menemuramah Tun Mahathir mengenai pendapatnya sekitar politik Malaysia. Dalam temuramah ini Mahathir yang terkanal dengan kelantangannya memperlekeh Najib yang bakal menaiki takhta Perdana Menteri Mac depan.

Tun Mahathir menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi.





Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi. Bagi Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini.
Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Bukan sekadar dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang politik pun Dr Mahathir tidak yakin kepada Najib yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik.




http://video-politik.blogspot.com/

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Templates