Sekitar kontroversi, Kerabat Diraja Kelantan

Tuduhan Ibu Manohara Odelia Pinot





Mukhriz tidak bersetuju

10 ADUN BN Terengganu Diugut Bunuh

Najib: Kita mungkin tidak bertanding

Tiga ditahan ISA

Rusuhan Penyokong Bola Sepak: Apa Masalah Sebenar

Sidang media Anwar Ibrahim - 8 April 2009

Kemenangan Nizar: Isyarat kuat rakyat




Kemenangan Nizar, kempen derhaka UMNO makan tuan

Gelagat Penyokong UMNO di Bukit Selambau

Tembakan gas oleh FRU hari pembuangan undi B. Gantang

Mahathir jadi PM semula?

Saifuddin Nasution, Bukit Selambau



Ceramah Anwar Ibrahim, Bukit Selambau - 4/4/2009

Pengumuman penyertaan Naib Presiden PPP dan 6000 Ahli  ke dalam PKR di Kedah.










Najib Angkat Sumpah Jadi PM

Mahathir Suruh Orang Melayu Berani Menderhaka Pada Raja

Kempen P59: Menteri AGAMA di Majlis Tarian Gadis Seksi

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.

Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.
"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.
"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid.
Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.
bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 07"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Puteri UMNO berkempen dengan basikal

Bukit Gantang medan 'pungutan suara', sokongan rakyat Perak

Profail Calon P59 Bukit Gantang - Ir Nizar

Sekitar Kempen N25 Bukit Selambau





Hujah 31 Mac2009 "Krisis Perlembagaan & Undang-undang di Perak"









Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Templates