Sekitar Kontroversi Kematian A Kugan







Kugan funeral - Scenes from camera

Majlis angkat sumpah Barack Obama

RAMAI PENGKAJI KONSPIRASI MENDAKWA KENAIKAN OBAMA ADALAH STRATEGI PIHAK DIBELAKANG PENTADBIRAN AMERIKA UNTUK MEMULAKAN SATU KONSPIRASI TERBESAR DUNIA....MEREKA DALAH GOLONGAN PEMODAL ZIONIS & ILLUMINATI


Barack Obama dan "tugasan perang dunia ke-3" : http://www.apasaje.net/2009/01/perang-konspirasi-dajjal-tugasan-perang-obama-bahagian-2/

Pro Apirasi tewas di UM

Mohd Abdul Wahid MP baru K. Terengganu

Video sekitar penjumlahan undi Stadium Negeri

Ali Rustam kena "boooo"

Sekitar Pembuangan Undi P036 Kuala Terengganu

Rata-rata pemerhati bersetuju menyatakan peratusan - 60% Pakatan 40% BN



2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.


11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.40 pagi Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.


9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.

8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".

7.50 pagi Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.
7.45 pagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

Kes Altantuya kembali menghantui Najib

Apakah Najib perlu bersumpah kali kedua?? Mungkin kali ini di MESJID KRISTAL pula?

Saya Tiada Niat Bunuh Altantuya - Azilah Hadri




UMNO yg sebenarnya takut hudud

Ezam akhirnya dedah surat.

Ceramah Anwar Terbaru di P36 15/1/09

'Gadis sebelah saya berkaraoke anak sedara saya, cucu pemimpin PAS'-Wan Farid

Tiada isu hudud dalam pakatan rakyat

Ezam terus berkokok di KT

Komen Wan Farid tentang Isu debat Royalti

Ramai tidak kenal Wan Farid

PAS cabar Umno debat isu royalti

Perhimpunan Agung Umno ' 97 - Anwar Ibrahim

Kontroversi surat layang, Babak-babak awal Konspirasi menjatuhkan Anwar.........

Khairy berceramah Hukum Hudud di KT

21 ditahan vigil anti Perang Palestin

HOT HOT !!! AJEN ZIONIS TEMPATAN MULA MENANGKAP RAKYAT

Seramai 21 ornag warga Malaysia yang memprotes kekejaman Zionis Israel telah di tangkap oleh ajen Zionis Tempatan.

Warga Malaysia kita ini sedang memasang lilin tanda protes terhadap kekejaman Zionis Israel di Palestin. Warga Malaysia ini sedang berkumpul di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sejak jam 8.30 tadi.

Tiba-tiba ajen Zionis Tempatan telah menangkap 21 orang warga Malaysia.

ANTARA YANG DI TANGKAP OLEH ZIONIS TEMPATAN:

YB Charles Santiago
YB Abdullah Sani
Arulchevelam
Nur Laila – GMI
Mun Hooi
Nalini - SUARAM
Chai Yi – SUARAM

(sila ikuti laporan seterusnya)


Berpuluh ribu terus mengecam Israel

5000 rakyat turun ke jalanraya bantah kezaliman Israel menyerang Gaza di kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur. Perarakan bermula di Masjid KLCC ke Tabung Haji seterusnya ke kedutaan. Antara yang sertainya pertubuhan mahasiswa, NGO serta parti PAS. Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Perhimpunan bersurai dengan aman dengan kerjasama pihak berkuasa.

Astro Awani: Sudut Pandang - Gaza & Israel





Ceramah Tuan Hj Hadi di Kuala Terengganu 6/1/2009





Ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Kuala Terengganu 6/1/2009





Ceramah Anwar Terbaru, Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu - 6/1/2009

Komen mengenai hukum hudud







Video berikutnya akan diupdate kemudian....

full covergare sila ke TVAntara.com

Ceramah Anwar Terbaru di Kuala Terengganu

Komen mengenai hukum hudud



Video berikutnya akan diupdate kemudian....

Sekita Penamaan Calon P036

Koleksi Foto: klik disini





Penamaan Calon Lancar

Wan Farid benar-benar pilihan yang salah - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai “benar-benar pilihan yang sangat buruk”.
“Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya,” kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.
“Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri,” Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.
Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.
Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.
Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.
PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak

Sambut Tahun Baru: UMNO Tidak Terima Pandangan Dan Cadangan Pelbagai Pihak

Laungan azan, sambutan tahun baru di Kelantan


KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.
Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.
Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.
Tema sambutan tahun iaitu ‘Hijrah Dirai,Masehi Dinanti’.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.Image
Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.
“Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.




“Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang,” katanya.
Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.
Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.
ImageProgram dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.
“Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990,” kata Takiyuddin.
Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.
Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.
Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.
Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.Image
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.
“Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.
“Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru,” katanya. - mj _

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Templates