Tuanku Muhriz proclaimed new Ruler of Negri Sembilan

Majlis pemakaman Tuaku Jaafar.



500 protest kekejaman Israel

Legasi Razak, "meratah" ekonomi negara

Ketika rakyat Malaysia bergelut menghadapi krisis kewangan, segelintir elit dilihat mula menyerkap jaring ke atas peluang-peluang ekonomi yang masih berbaki. Sekiranya peralihan kepimpinan berjalan lancar seperti yang di war-warkan, tiada siapa yang mampu menghalang Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Menyusuri cita-cita itu Najib mula membariskan rangkaian ahli-ahli perniagaan yang terdiri daripada saudara-mara dan sahabat handai, yang bersedia untuk meratah setiap khazanah yang ada......



Keputusan Kerajaan yang menyambut baik cadangan untuk menjual Institut Jantung Negara(IJN) kepada Sime Darby Bhd. sememangnya mengejutkan. pengendaliannya yang dibuat secara tergesa-gesa, selepas tamatnya Sidang Parlimen bagi tahun 2008, turut membangkitkan bermacam kecurigaan.

Dalam tempoh 24jam(18 December) selepas penyerahan kertas cadangan pembelian IJN kepada kerajaan, Menteri kewangan Najib Abdul Razak mengalu-alukan cadangan tersebut lantas memberi lampu hijau berkenaan cadangan tersebut.

Kerajaan beri "lampu hijau" - Najib


Mengapa kerajaan bergitu tergesa-gesa mahu menjual IJN? itu yang kita tidak ketahui, lebih-lebih lagi apabila institut kesihatan jantung utama negara dan terulung itu tidak dlanda masalah Kewangan.



Blogger Kadir Jasin mencadangkan kemungkinan penjualan itu dibuat adalah untuk membantu Sime Darby Bhd, Syarikat ciptaan Nazir Tun Abdul Razak melalui CIMB hasil pengambungan 3 Konglomerat Perladangan Milik PNB (Guthrie Bhd. + Golden Hope Plantation + Sime Darby).

Pada November 2006, CIMB Investment Bank Berhad, dimana Nazir merupakan CEO membiayai pewujudan 'Entiti Tujuan Khas' atau Special Purpose Entiti (SPE) iaitu Synergy Drive Sdn Bhd. Nazir, dengan sokongan abangnya, kemudiannya mengge-rakkan penggabungan Golden Hope Plantation, Guthrie Corporation dan Sime Darby melalui Synergy Drive, sebelum menukar nama entiti itu kepada Sime Darby Bhd.

Kini, Sime Darby Bhd (Synergy Drive) ciptaan Nazir ini membentuk syarikat perladangan terbesar di dunia. Bahkan, ia turut melebarkan sayapnya ke sektor-sektor lain khususnya perubatan dengan pembelian Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC).

Selaku Menteri Kewangan baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Najib mempunyai keupayaan untuk melicinkan penjualan UN, lebih-lebih lagi apabila syarikat

induk iaitu UN Holdings merupakan entiti milik Kementerian Kewangan sepenuhnya.

Nazir Abdul Razak CIMB

Nazir Abdul Razak merupakan Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada Kumpulan Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB), institusi perkhidmatan kedua terbesar di Malaysia. Nazir menyertai Jabatan Penasihat Korporat CIMB pada 1989, dan memegang pelbagai kedudukan dalam kumpulan tersebut sebelum dijadikan Ketua Eksekutif pada 1999. Di bawah skim CEO, Nazir diberi 42 juta saham CIMB, bersamaan lima peratus dari jumlah keseluruhan modal berbayar.

Aset CIMB bernilai RM155 bilion, dengan market capitalisation meningkat kepada RM33 bilion dibelakang Public Bank dan Maybank.

Ahmad Johari Abdul Razak

Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Ancom Berhad yang meliputi pelbagai sektor seperti kimia pertanian &industri, minyak & gas, kejuruteraan, perkapalan, polimer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).



Peguam berumur 52 tahun ini juga memegang jawatan Pengerusi di Courts Mammoth Bhd dan Daiman Development Bhd, Timbalan Pengerusi di Nylex (Malaysia) Bhd, dan Pengarah Hong Leong Industries Bhd, Daiman Golf Bhd dan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd.

Ahmad Johari Abdul Razak juga menerima 7.2 juta saham pemilikan bumiputera dari Kementerian Kewangan menerusi Tekala Corporation Bhd.

Mohamed Nizam Abdul Razak

Mohamed Nizam Abdul Razak berkhidmat di Lembaga Pengarah di Kumpulan Kamdar (M) Bhd, Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, Synergy Track Bhd, Kumpulan Winitex Holdings Bhd, Kumpulan Wah Seong Corporation Bhd serta beberapa lagi syarikat swasta.

Beliau juga pemegang amanah di Yayasan Noah, Yayasan Dana PendidikanTan Sri Khalil, Yayasan Rahah dan Yayasan Hong Leong, serta Board of Governors di Nilai College.

Mohamed Nazim Abdul Razak
Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF) ini juga merupakan salah seorang dari pengarah di OYL Industries Bhd dan terkenal sebagai pengarah yang paling maha! dibayar di Malaysia - sekitar RM2,250,001 hingga RM2,300,000.

Arkitek berumur 44 tahun ini juga merupakan Pengarah di HLG Capital Bhd, HL Berhad dan ING.
Selain itu, Nazim juga dilantik ke Lembaga Pengarah HLIB, dan merupakan Pengarah Urusan Nr -Associates Sdn Bhd dan Pengerusi Bandar Tasik Semenyih Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju yang terkenal di Lembah Klang.

Kenneth Eswaran, (kawan baik Najib)
Meskipun beliau merupakan orang baru dalam arena korporat, Kenneth Eswaran seorang yang berpengaruh di Institut Strategi & Kepimpinan Asia (Asli) dan Institut Kajian Strategik & Antarabangsa (Isis).

Presiden Malaysian Associated Indian Chamer of Commerce & Industry (MAICCI) ini juga memiliki Benta Plantations Bhd melalui apa yang disebutkan sebagai reverse-takeover, dengan membeli 31 peratus saham syarikat ini dan 28.1 peratus dari Mun Loong Bhd.



Benta Plantations Bhd kemudian¬nya menukar nama kepada Best World Land Bhd dan pada 1994, Eswaran dilaporkan berminat mendapatkan konsesi balak seluas 250,000 hektar di Selatan Laos selama tempoh enam hingga tujuh tahun. Nilai pelaburan dalam konses ini mencecah RM60 juta, dan Eswaran juga diiaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat baru bagi tujuan tersebut, dengan Best World Land dan Mun Loong masing-masing melabur 55 peratus dan 45 peratus dalam syarikat baru itu.
Pada 1995, Best World menjual ekuitinya di Mun Loong Bhd, dan tidak diketahui samada Kenneth berjaya dalam konsesi Laos itu.
Kenneth Eswaran disiasat atas tuduhan manipulasi saham dan insider trading di Best World Construction Group. Kenneth merupakan pemegang saham di Best World Gaming & Entertainment Corp, dan turut disiasat adalah pemegang saham terbesar syarikat itu Jose Victor JV" Ejercito, anak kepada bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, Pengarah BestWorio Francis Ablan.
Best World Gaming diberi satu-satunya kuasa untuk mengusa-hakan judi bingo online oleh syarikat kasino milik Manila, Philippine Amusement & Gaming Corp, selama 10 tahun pada Disember 1998.

Datuk Zahar sertai PAS

Khalid: Sultan prihatin dengan Pengayuh JERIT

Karpal mahu Razak Baginda diheret semula

Ketua bahagian Pokok Sena digantung

Debat transformasi politik: Khairy Jamaluddin vs Husam Musa

Sedutan video Debat antara Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang berlangsung di Dewan Islam Lundang, Kota Bharu. Bertajuk: Transformasi Politik. Debat dipengerusikan Oleh Prof. madya Dr. Agus Yusof dan Pakar Perlembagaan Prof. Dr. Aziz Bari









Dr M: Yes, they lobbied for judicial appointments

Sekitar Demonstari JERIT







Jerit cyclists reach Parliament House

Kerajaan beri lampu hijau swastakan IJN - Najib

Debat Khairy vs Husam

Hindraf hunger striker taken to hospital

Mahathir perlekeh Najib dalam temuramah Al-Jazeera

Wartawan Penganalisis politik terkenal saluran Al Jazeera, Riz Khan menemuramah Tun Mahathir mengenai pendapatnya sekitar politik Malaysia. Dalam temuramah ini Mahathir yang terkanal dengan kelantangannya memperlekeh Najib yang bakal menaiki takhta Perdana Menteri Mac depan.

Tun Mahathir menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi.





Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi. Bagi Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini.
Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Bukan sekadar dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang politik pun Dr Mahathir tidak yakin kepada Najib yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik.




http://video-politik.blogspot.com/

Penjelasan Azmin, berhubung dimarahi mangsa tanah runtuh

Baru baru ini heboh di TV3 mensensasikan sedutan video Adun Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali, adakah isu ini benar-benar berlaku atau hanya sabotaj dari pihak TV3 yang seperti sifat biasanya akan sentiasa memburuk-burukkan YB dari pihak pakatan? ikuti sedutan video ini




kepada yang terlepas sedutan video terbabit boleh ikuti disini:

Hindraf supporters to go on hunger strike

Pak Lah dan refomasinya

Penjelasan isu ISA oleh Hamid Albar

Wawancara Anwar Ibrahim, Aljazeera



Sekitar tragedi tanah runtuh. Bukit antarabangsa







SPR: tarikh pengundian 17 Januari

Koleksi Ucapan Pemimpin di Kongres PKR 2008

Saifuddin Nasution





Tian Chua




N. Gobalakrishnan

Aljazeera: Riz Khan with Raja Petra & Others



Temubual bersama Zaid Ibrahim



Zaid ditendang keluar UMNO - Pak Lah

Wanita UMNO bersedia - Rafidah

Anwar Ibrahim berucap di Majlis Penutup Kongress PKR ke 5

Ketuanan Melayu atau ketuanan UMNO?

Syamsul Iskandar: Memimpin Harapan Rakyat

Pakatan buka pintu kepada Arif Shah

Anwar Ibrahim (Harapan Baru) - 29/11/08

- Part 1 -

- Part 2 -

- Part 3 -

- Part 4 -

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Templates